SKEM Driving Academy Sdn Bhd (Dahulu dikenali sebagai Institut Memandu Gabungan SKEM (M) Sdn Bhd).d ditubuhkan pada 5 Oktober 1994 dengan menggunakan No. Pendaftaran 318628 U.
SKEM merupakan Institut Memandu antara yang terawal beroperasi di Malaysia yang mana idea penubuhannya ini adalah bagi memudahkan urusan pendaftaran lesen memandu, latihan dan ujian dijalankan setempat.
Matlamat SKEM ialah melahirkan pemandu-pemandu yang berhemah dan mempunyai kemahiran memandu di tahap yang tinggi disamping memberi pendedahan secara praktikal.
SKEM menyediakan latihan khusus untuk pemanduan kereta, motosikal, bas, teksi dan juga lori bersama jurulatih yang bertauliah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Selain daripada menjalankan aktiviti pendaftaran lesen memandu, latihan dan ujian, SKEM turut terlibat dengan aktiviti tanggungjawab sosial seperti mengadakan ceramah keselamatan jalan raya di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. SKEM juga sering kali dijemput menyertai kempen-kempen keselamatan jalan raya yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun NGO.
Kini selepas 15 tahun SKEM kini mengorak langkah ke hadapan dengan seramai 60 orang kakitangan termasuk kumpulan pengurusan bersedia memberikan perkhidmatan yang profesional dan mesra pelanggan.
Dengan semangat kerjasama kakitangan yang komited dan berdedikasi, adalah diharapkan SKEM akan terus menjadi salah satu pusat latihan pemanduan yang unggul di Malaysia ini kerana "Kecermelangan Anda Keutamaan Kami".