Cawangan JAKEL Kuala Lumpur telah mula beroprasi pada 21hb Jun 2007. Dengan berwajah baru, gedung ini setanding di arena antarabangsa dan terus mengorak langkah dengan kerjasama kakitangan seramai 250 orang.
Bangunan milik sendiri yang dibeli pada Januari 2007, mempunyai ketinggian 6 tingkat 5 kedai dengan keluasan 42,000 kaki persegi. Dengan berkonsepkan moden dan eksklusif, JAKEL Kuala Lumpur mampu menarik pelanggan dari golongan pertengahan hingga atasan untuk membeli belah di sini.
JAKEL Kuala Lumpur merupakan pusat fesyen sehenti bagi mereka yang mencari fabrik yang berkualiti tinggi dan sederhana. Para pelanggan juga boleh mendapatkan pelbagai jenis langsir, cadar dan permaidani dibawah satu bumbung dengan harga yang amat berpatutan. Keenam-enam tingkat dibuka kepada orang ramai untuk membeli belah.
Di JAKEL Kuala Lumpur, terdapat pelbagai jenis fabrik yang berkualiti tinggi yang diimport khas dari Eropah seperti Solstiss, Valentino Tissus, Emanuel Ungaro, Zegna, Roberto Cavali, Pierre Cardin dan jenama-jenama unggul lain yang berkualiti tinggi seperti French Lace, Beaded Chiffon, Songket, Plain Fabric, Tulle, Italian Pure Silk, Fancy Fabric dan Embroidery Fabric.